rahsia taugeh

assalamualaikum semua.. selamat pagi.. selamat bercuti.....
owhh.. skrg sya dlm klas mendengar lecture.. ngntuknyer.. -,-
ari ni nak share lgi psl makanan..kelebihan TAUGEH...
sumber dri email pakcik... hehehe
happy reading to all..


Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. 

Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine), sejenis asid amino. 

Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis ). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. 

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. 

Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. 

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. 

Selepas membaca kebaikan sayur taugeh ni janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. 
So apalagi, cer tgk peti ais tu ade x taugeh? klu xde gi pasar ramai2.. kita beli wat masak kicap letak daun kuchai ngn tauhu... uhh... SEDAP!



sumber gambar - taugeh masak kicap

 

Comments

  1. Hhhe.. Betul3... Tpi org bru brsalin jgn makan.. Sejuk... Nnt sakit urat.. Hehe

    ReplyDelete
  2. tp kan, org kte, yg ekor taugeh tu kne buang, sbb bleh dpt cancer

    ReplyDelete
  3. ooo banyak khasiat rupanya. taugeh kalau kat the chicken rice shop kita makan la. sbb sedap. hehe..

    ReplyDelete
  4. wahh byk khasiat..ayu mmg suka mkn..hihi

    ReplyDelete
  5. lepas ni kena makan lebih banyak taugeh..
    nice sharing sis ^__^

    ReplyDelete
  6. ok, noted..besok balik keje nak singgah kedai beli taugeh :)

    ReplyDelete
  7. ouch ! kene makan taugeh lebih lah lepas nie...hahaha...
    nice sharing !
    baru tahu ada alfalfa...ngeh3

    ReplyDelete
  8. info yg berguna.xtahu lak sebelum ni....... kena makan taugeh la pas ni

    ReplyDelete
  9. Kalau taugeh tu digoreng skali dgn kuehtiaw, ada daun kucai, kerang, haa, yg tu lana laju je makan.

    Lain dari cara tu, hehe, slow je jadinya, kdg2 tolak tepi pinggn,hik3

    ReplyDelete
  10. banyak khasiat taugeh ni ye...kita memang suka makan taugeh..:)

    ReplyDelete
  11. Sebelum nie tak tatahu . Trima ksih krana sudi brkongsi . Tapi pyka tak mnat sgt mkn taugeh . Hehe

    ReplyDelete
  12. salam =)

    taugeh mmg bnyk manfaatnya.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JANGAN BERDIRI...!