Followers

MARI MENABUNG

Friday, May 3, 2013

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak..

Missionary : Mengapa orang Islam sembah kotak hitam ? 

Pendakwah : Salah tu. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam. 

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap Kaabah, kotak berwarna hitam? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah? Belum sempat pendakwah menjawab.. Handphone N95 missionary berbunyi.. Missonary menjawab panggilan telefonnya.. Pendakwah sabar menanti.. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada 

Pendakwah.. Pendakwah tersenyum..

Missionary : Mengapa tersenyum? Bila awak hendak jawab soalan saya? 

Pendakwah : Erm.. perlukah saya menjawab soalan awak? 

Missionary : Awak tak ada jawapan? 

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman. 

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ? 

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” … 

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya...

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak...

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah.. Pendakwah mengambi N95 tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut.. Pendakwah menggoncang2 N95 tersebut  sambil mengetuk-ngetuknya di meja.. lantas pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai.. bersepaiiiiii...Merah padam muka Missionary menahan marah.. Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum..

Pendakwah : Mana emak awak? Saya tengok taka da pun. Saya pecahkan handphone ni pun takde emak awak dalam handphone...

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum).. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah.  Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah..

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu...

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary... Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru... Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse... Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya..

------ END------ 

11 comments:

  1. Subhanallah =) Indah nya Islam ^^

    ReplyDelete
  2. kkadang dengan membuat cerita or dialog mudah untuk hana faham...kalau semata2 info lambar sikit nak faham

    ReplyDelete
  3. sangat menarik dan memberi kesan yang mendalam.nice sharing miss :)

    ReplyDelete
  4. nak 2000..
    beli iphone.. huhuu..

    nice cerita ni..
    kalau kite dpt soalan ni, sah2 tak bole jawap.. :(

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya ada lagi yang sadis tentang cerita ini. Mungkin pada kita cerita ini berakhir di sini dan satu kemenangan untuk islam. Tapi pernah juga orang guna hujjah macam ni. Balasan yg pendakwah tu dapat ialah.. Kenapa nak menyembah tuhan perlu ada perantara? Bukankan sama seperti orang lain yang menjadikan berhala sebagai perantara kami dan tuhan kami.. Owh.. apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan Non Muslim yg macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan jadi pening bila kita terlalu fokus pada perkataan "perantara" sedangkan Qaabah itu bukan perantara.. tapi arah qiblat.. Islam itu indah, solat pun diseragamkan kepada satu arah, sepatutnya tiada konsep perantara; kecuali dalam isu doa tapi itu cerita lain~

      Delete
  6. baru baca cerita ni..menarik..ade jgk kisah2 seumpama dgn ni..
    Beruntungla kita kerna terpilih untk mjadi hamba Allah..sejak lahir kita memang sudah Islam..cuma yg membezakan adalah amalan dan pemahaman kita ttg Islam ni..ada Islam tp xmgamalkan cra hidup org Islam..pon xbleh kate pe jgk..

    ReplyDelete
  7. cerita memang best..
    tapi x setuju bab pecahkan handset orang tu..
    marah pun biar bertempat..
    boleh jadi mubaligh tu langsung x dengar penjelasan orang itu sebaliknya dok bengang nape handset dia dipecahkan :p

    ReplyDelete
  8. subhanallah.. analogi yg sgt bagus. terkesan.. huhu.. tp msti bengang gak hset die xpasal2 pecah hihi

    ReplyDelete